“Kita namakan dia, Anisa,” kata Megat. Rahimah tersenyum seraya menganggukkan kepala. “Anisa,” Nama yang diberikan kepada ku setelah aku dilahirkan pada 14 Februari 1989, 21 tahun yang lalu oleh mama dan ayah. Mama dan ayah merupakan ibu dan bapa angkat ku. Setelah mak melahirkan aku, mak meninggal dunia. Abah pula telah dijemput ilahi beberapa minggu sebelum aku dilahirkan.
Ini cerita aku, Anisa
Bab 1 : Universiti
Bangku kosong di cafeteria memang susah nak dapat time peak hours macam ni. Aku pulak sangat lah pandai. Dah tau time macam ni orang ramai, gatal jugak nak turun beli makanan. Nak buat macam mana. Turun café bersebab. Selain makan, aku selalu gunakan waktu ni untuk tengok tv. Waktu lain mana ada masa nak tengok tv. Kalau Dr Laila ajak aku ke rumah dia, baru la dapat tengok tv. Ni, Dr Laila tak ade, pergi oversea, terpaksa lah aku ulang rutin seharian aku sebelum ni, makan petang sambil tengok tv di cafeteria.
Selalunya waktu petang pukul 5 aku akan ke pejabat Dr Laila. Aku kena tolong dia dengan urusan kerja beliau yang selalunya menimbun. Kadang2 aku tolong semakkan assignment junior. Ada masa aku sekadar tolong mengemas barang-barang beliau. Lepas habis semua kerja di pejabat Dr Laila, aku akan mangikutnya ke rumah pula. Untuk meneruskan kerja-kerja berupah yang aku lakukan hampir setiap hari berkerja.
Mula-mula menguruskan 2 orang anak Dr Laila. Seorang lelaki bernama Ikhwan dan seorang perempuan bernama Salina. Mereka akan dimandikan dan diberi makan. Selepas itu aku akan membantu mereka membuat kerja sekolah yang dibekalkan sehingga pukul 9 malam. Selepas pukul 9 malam, aku akan melayan anak-anak Dr Laila berbual dalam bilik mereka sehinggalah mereka tidur kira-kira pukul 9.30 malam. Rutin isnin – jumaat ku. Sebelum pukul 10.30 kebiasaannya aku sudah kembali ke bilik asrama. Untuk menyambung assignment ku pula.
Petang ini, niat ku untuk menonton tv tidak kesampaian kerana bangku yang masih kosong tidak membolehkan aku menonton tv. Hanya panorama pelajar lelaki bermain bola di padang sebelah sahaja yang dapat ku lihat. Berlatar belakangkan drama tv3, aku yang dah tak larat nak menoleh kepada tv dibelakangku mula asyik memerhatikan pelajar lelaki tersebut. Salah seorang daripada mereka aku kenal. Namanya Khuzairi atau nama glamournya Ari dikalangan pelajar perempuan terutamanya junior. Ari tersenyum padaku setelah dia perasan aku leka memandangnya bermain.
Tiba-tiba kedengaran suara 2 orang pelajar perempuan disebelah ku. “Abang Ari senyum kat kita lah,”kata salah seorang daripada mereka. “Pandai aku pilih port kan?” sambut yang seorang lagi. Aku pula yang tersenyum sendirian. Kalaulah mereka tahu bahawa Ari senyum pada ku… kesian. Hahaha. “Handsomenya Abang Ari tu, kan?” kata salah seorang daripada mereka. “haaa… berangan la tu. Kau ingat Abang Ari nak kat kau? Muka selebet,” acah rakannya pula. “tolong sikit. Selebet ko cakap? Muka aku punya lah lawa ni kau kata selebet? Ape kata kau cermin muka kat sink sana. Baru betul definisi selebet kau tu. Memang padan dengan kau,” tikam rakannya pula. Adoi, pasal Ari pun boleh bertekak budak 2 orang ni.
Langit merah merangkak hitam. Masa bermain sudah hampir tamat. Namun Ari masih di padang. Sedang aku leka menoleh kearah tv sambil menyudu baki nasi dalam pinggan ke mulut, sebiji bola sepak landing baik punya atas mejaku. Lebih tepat, ke dalam pinggan ku. Terbang segala sisa tulang ayam dan keret yang aku asingkan. (nota: aku tak suka makan lobak merah @ keret) ada yang ‘terbang’ lalu mengotori baju ku. Haih…ni kes nak uji tahap kesabaran aku la ni nampaknya.